
Perkhidmatan
Perkhidmatan dan produk adalah dua perkara yang berbeza. Tetapi di dalam konteks perniagaan, perkhidmatan dan produk adalah aset yang sama penting bagi mengukuhkan pegangan yang anda miliki.
Begitu juga dengan saya sebagai pemilik penuh laman web ini. Izad Blog Network akan cuba sedaya upaya untuk memastikan apa yang diingini oleh semua bakal client-nya terlaksana. Di sini, saya akan lebih menekankan kepada aspek perkhidmatan kerana itulah kepakaran yang saya miliki. Ya, perniagaan laman web adalah satu jenis perniagaan yang tidak boleh dipegang ataupun disentuh. Anda hanya boleh melihat dan menggunakannya.

Berikut disenaraikan antara perkhidmatan yang disediakan di Izad Blog Network:
1) Membina laman web (Wordpress platform).
2) Membantu menguruskan laman web.
3) Pemasaran internet.
- produk.
- perknidmatan.
4) Pembelian domain.
5) Tutorial.
- perseorangan, berkumpulan dan secara online.
- mengajar menguruskan personal website (laman web persendirian).
- SEO, keyword dan lain-lain.

Pada masa dahulu ketika era “website” mula diperkenalkan, ianya telah direka dalam bentuk yang statik. Maknanya, ia menggunakan code yang dinamakan sebagai CMS (Content Management System). Pada waktu itu, CMS begitu popular kerana semua website terhasil daripada sistem ini. Malah, website yang cantik pun boleh dihasilkan melalui CMS.
Namun sekarang apabila kemudahan pembangunan CMS dan juga program blogging Wordpress dibangunkan secara besar-besaran, ditambah lagi dengan kemudahan seperti “super blogging tools”, “plugins” dan “add-ons”, dunia website dan blog telahpun melangkau ke satu tahap yang tidak terbatas.
Dalam erti kata lain, saya akan membangunkan laman web anda dengan menggunakan program Wordpress kerana ianya lebih mantap dan lebih senang untuk anda kendalikan.


Ini adalah satu daripada perkhidmatan yang saya sendiri tawarkan kepada mana-mana syarikat ataupun individu yang memerlukan seseorang untuk memantau laman web mereka. Dengan bayaran yang boleh dirunding, saya akan memastikan bahawa laman web anda akan kelihatan “hidup”. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah memberikan saya semua maklumat yang mereka ingin diletakkan ke dalam laman web anda tidak kiralah sama ada maklumat itu berupa info, data dan juga gambar-gambar.

- produk.
- perkhidmatan.

Pemasaran adalah satu daripada aspek yang terpenting dalam perniagaan. Begitu juga dengan pemasaran di Internet. Ini adalah satu perkhidmatan yang akan saya lakukan HANYA jika pemilik laman web itu benar-benar serious.
Sebenarnya, di dalam dunia Internet, pemasaran boleh dilakukan dalam pelbagai cara tetapi perlu diingat, prinsip pemasaran masih lagi sama dengan pemasaran di dunia realiti. Lebih banyak pelaburan di peruntukkan untuk promosi, lebih banyaklah pendedahan yang akan anda perolehi. Saya akan tunjukkan bagaimana pemasaran ini boleh dilakukan dengan budget yang rendah.


Domain ataupun NAMA laman web anda sebenarnya boleh memainkan peranan penting dalam mempromosikan identiti dan juga perniagaan yang anda miliki. Bagi laman web persendirian, nama sendiri mungkin sesuai untuk digunakan tetapi untuk nama perniagaan, pilihlah domain yang sesuai. Ini dapat membantu pelanggan anda mengenali anda dengan lebih dekat lagi.
Jika anda mempunyai nama perniagaan yang telah didaftarkan, lebih elok jika domain anda diberikan nama yang serupa. Tetapi jika anda FREELANCER, carilah nama yang sesuai dengan perkhidmatan anda. Katakanlah nama anda Azman dan menjalankan khidmat unit trust fund, mungkin anda boleh memilih domain seperti www.AzmanFund.com. Ianya lebih senang untuk diingati dan agak “brandable”.


- mengajar menguruskan personal website (laman web/blog persendirian).
Tahukah anda bahawa masih ramai lagi pemilik laman web di luar sana yang hanya tahu “beli, lihat dan tunggu”?
Mereka langsung tidak tahu cara untuk menguruskan laman web mereka sendiri tetapi bayaran sudah pun dibuat. Maksudnya, mereka hanya mengharapkan “miracle” ataupun “keajaiban” dari pihak yang membuat laman web mereka. Bukan sedikit, malah rata-rata mereka yang saya temui mengatakan hampir RM2000.00.
Pada saya, ini sungguh tidak praktikal kerana mereka (pemilik laman web) tidak tahu bagaimanakah laman web mereka boleh mendatangkan hasil kepada diri dan juga perniagaan mereka. Saya percaya ilmu adalah satu benda yang paling berharga sekali dan itulah yang saya akan berikan kepada anda!
Sebagai seorang usahawan Internet, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan semua client saya tahu apa yang mereka beli. Oleh kerana itu, saya bersedia untuk memberikan tunjuk ajar sehinggalah mereka boleh menguruskan laman web mereka sendiri. Bayaran boleh dibuat secara lump sum ataupun bulanan.
Buat masa ini, kesemua client saya berada di sekitar Johor Bahru.
Mungkin kerana jarak lokasi dan radius yang senang untuk dihubungi, semestinya adalah senang bagi saya untuk berjumpa dengan mereka.

1. Tidak semestinya bayaran yang mahal untuk design laman web/blog anda boleh menjamin keuntungan yang tinggi. Apa yang penting adalah bagaimana untuk membuat “exposure” kepada produk, perkhidmatan dan juga laman web/blog anda sendiri.
2. Budget yang rendah juga boleh membawa kepada keuntungan yang tinggi, jikalau kena pada caranya. Dan saya lebih suka pada pilihan yang kedua ini.
Bagaimana dengan anda?
Jikalau anda suka pada pilihan yang kedua, silalah hubungi saya untuk keterangan lanjut.









