« Program Penempatan Pekerjaan Peringkat Daerah di Segamat 7hb Ogos 2009. | Home | Dilantik sebagai IT Consultant di Fitrah Media FMe. »
Kenangan bersama Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Abdul Ghani Othman.
Seperti yang telah diberitahu di dalam catatan sebelum ini, saya terpaksa menyiapkan laman web untuk FuhYooFm.com dalam masa satu malam sahaja. Ini adalah kerana keesokan paginya, laman web itu mestilah boleh di layari kerana Menteri Besar Johor akan melawatnya.
Menteri Besar Johor?
Adakah saya bergurau?

Tidak, saya tidak bergurau.
Sebenarnya, FuhYooFM telah dijemput untuk bersama dalam meraikan Pelancaran Rakan Muda Peringkat Negeri di Sek Men Bandar Baru Uda. Sebagai seorang IT Consultant untuk mereka, sempat juga saya menyiapkan laman web mereka. Pagi itu saya memang cukup mengantuk kerana satu malam bersengkang mata untuk membuat laman web mereka.
Anda bolehlah membaca dengan lebih lanjut laporan yang telah di siapkan oleh akhbar-akhbar tempatan dan dari Pejabat Menteri Besar Johor sendiri:
1. Mingguan Malaysia.
2. Harian Metro.
3. New Straits Times.
4. Pejabat Menteri Besar Johor.










Comments
Trackbacks
Leave a Comment