« Kenangan bersama Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Abdul Ghani Othman. | Home | Wawancara bersama Majalah IM. »

Dilantik sebagai IT Consultant di Fitrah Media FMe.

Posted by admin on Friday, June 5th, 2009

Hari ini saya telah dijemput oleh salah seorang bekas peserta coaching saya untuk ke pejabat beliau. Memang saya agak sibuk pada mulanya tetapi apabila diberitahu yang pejabat beliau berdekatan dengan rumah saya, maka saya pun bersetuju untuk membuat kunjungan.

Saya difahamkan dan saya juga maklum bahawa beliau adalah salah seorang bekas DeeJay radio Best 104. Dan kunjungan saya ke pejabat beliau hari itu telah memberikan peluang untuk saya melihat bagaimana orang radio bersiaran. Iya… pejabat mereka sebanarnya adalah sebuah konti untuk mereka bersiaran di bawah jenama FuhYooFM.com !!!

Radio Internet FuhYooFm.com ini adalah kelolaan Fitrah Media FME. Setakat ini, saya belum pernah lagi mempunyai rakan ataupun kenalan dari bidang broadcasting dan mungkin inilah hikmah berblogging kerana dari aktiviti blogginglah hubungan dengan blogger lain dapat di eratkan.

Kunjungan yang pertama itu sebenarnya tidak terhenti di situ. Saya dijemput lagi untuk yang ke sekian kalinya sehinggalah pada kunjungan yang ke-3, saya telah di pelawa oleh pihak syarikat Fitrah Media FMe untuk menjadi IT Consultant mereka.

Sebenarnya saya langsung tidak layak untuk mendapat position sebagai seorang IT Consultant kerana saya sememangnya tidak pernah belajar apa-apapun dalam jurusan IT sebelum ini. Saya dalah seorang blogger dan bukan seorang pakar IT. Tetapi mereka yakin kepada kemampuan yang saya miliki.

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai mereka?

fuhyoofm-logo-copy.jpg

Silalah lawati laman web www.FuhYooFm.com

p/s: Oh yaaa… laman web itu telah disediakan oleh saya menggunakan FREE THEME Wordpress dalam satu malam sahaja. Memang kelam kabut kerana esok paginya, akan di tunjukkan kepada Menteri Besar Johor iaitu Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Othman. Agak tidak kemas tetapi akan di perbaiki dari masa ke semasa.

 

Leave a Comment

Izad Blog Network

Budget weblog.

utama.png tentang.png perkhidmatan.png tutorial.png pakej.png harga.png hubungi.png chat.png

No 1, Jln Muafakat Kg Melayu Majidi
Johor Bahru, Johor
013-7884548
info@izadblognetwork.com Rohaizad Dot Com
Seminar Blogging Dot Com Site Meter