« 27 Jan 2008 - LadyRant.com dilancarkan! | Home | Laman web syarikat - bahagian 3. »
Laman web syarikat - bahagian 4.
Bagaimanakah ini boleh berlaku?

Sebenarnya, tiada teknik kotor yang digunakan oleh Adam.
Apa yang Adam lakukan hanyalah memanfaatkan laman web dan juga khidmat rundingan laman web yang telah diberikan oleh Izad Blog Network. Bukan setakat itu, malah Adam sendiri sudahpun tahu cara untuk menguruskan laman webnya sendiri. Hanya dengan 4 jam tutorial pada setiap minggu yang diberikan, kini semuanya hanya di hujung jari Adam. Segala tunjuk ajar telah diberi oleh Izad Blog Network amat membantu sehinggalah Adam berjaya menguruskan laman webnya dengan baik sekali.
Bagaimana Adam menggunakan laman webnya untuk mendapatkan hasil yang lumayan?
Senang sahaja.
Sepanjang Adam bekerja dengan Jamal, Adam tidak pernah lupa untuk mengambil gambar pada masa mula rumah baru itu kosong sehinggalah renovation/ubahsuai yang dibuat olehnya lengkap. Setelah siap, Adam akan mengambil gambar bersama bersama dengan tuan rumah tersebut manakala Jamal hanya senyum melihat telatah Adam.
Pendek kata, setiap peringkat pengubahsuaian itu telah diambil gambarnya. Apabila pulang kerumah, Adam akan memasukkan semua gambar-gambar itu ke dalam laman webnya. Laman web Adam telah menjadi seolah-olah “Online Profile” dan bukti akan hasil kerja tangan dan kemahirannya sendiri. Dengan kata yang yang lain, gambar yang diambil itu adalah bukti kukuh akan kebolehannya dalam membuat kerja-kerja renovation.

Maka, apabila Adam mengedarkan risalah (leaflet)ke semua kawasan perumahan baru, Adam akan mempromosikan sekali laman webnya. Di dalam laman web ini juga akan tertera gambar beserta alamat rumah yang pernah Adam siapkan selama Adam bekerja dengan Jamal dahulu. Jadi apabila bakal-bakal pemilik rumah baru masih lagi terkial-kial untuk mencari kontraktor renovation, Adam telah pun memberikan satu solution kepada semua bakal pemilik rumah baru itu. Dengan memberikan laman web Adam sebagai “online katalog”, ini adalah satu perkhidmatan yang sungguh selesa dimana bakal pemilik rumah baru itu sendiri dapat melihat sendiri apakah bentuk, design, saiz dan kos yang mereka mahukan.
Secara tidak langsung, Adam telah berjaya mempromosikan perkhidmatan syarikatnya sendiri sedangkan Jamal tiada apa-apa yang hendak ditunjukkan. Hakikatnya, Jamal hanya memiliki satu “senjata” untuk mempromosikan perniagaannya iaitu 10 tahun pengalaman … !

Adakah anda rasa pemilik rumah baru akan percaya 100% tentang apa yang dikatakan oleh Jamal tanpa sebarang bukti?
Atau adakah anda rasa yang pemilik baru akan lebih senang dan happy dengan perkhidmatan yang telah diberikan oleh Adam?
Opsss…. mungkin anda boleh katakan “laman web tiada pun tak mengapa, boleh pakai brochure dan juga album gambar…”.
Nanti dulu, perlu diingat adakah anda mampu untuk memberikan beratus-ratus brochure dan juga album gambar sepanjang 10 tahun anda menjalankan perniagaan kepada semua pemilik-pemilik baru di taman itu?
Anda jawablah sendiri…..
Sekarang, dapatkah anda melihat bagaimana laman web boleh membantu anda dalam memasarkan produk dan juga servis perkhidmatan yang ada miliki?
Walaupun baru 3 tahun, Adam sudahpun berjaya membina empayar perniagaannya sendiri melalui laman web sedangkan Jamal semakin merasakan yang persaingan semakin sengit. Inilah senario yang berlaku sebenarnya (sepertimana yang saya katakan di atas) ” mengapa ramai di antara mereka kecundang dalam perniagaan mereka. “
Baiklah, saya berharap semua kajian kes dan realiti yang berlaku di atas dapat membuka minda dan juga tanggapan anda betapa luasnya dunia perniagaan ini. Ada sebab mengapa sesuatu perniagaan itu berkembang dan juga bankrupt.









Comments
Trackbacks
Leave a Comment