« Laman web syarikat - bahagian 4. | Home | Laman web syarikat - bahagian 2. »

Laman web syarikat - bahagian 3.

Posted by admin on Wednesday, June 11th, 2008

Baiklah sekarang saya akan tunjukkan kajian kes antara mereka yang berjaya menggunakan laman web sebagai medium dalam perniagaan harian mereka.

situasi1.png

boss.jpg

Jamal sudah 10 tahun menjadi kontraktor FREELANCE dan sudah beribu rumah telah direnovate/diubahsuai olehnya. Kerja tangan Jamal sungguh bagus dan ramai yang berpuas hati dengan kemahiran beliau dalam mengubahsuai rumah. Dari rumah orang kebanyakan sehinggalah ke rumah Datuk- Datuk mahupun orang “besar-besar”, semua Jamal pernah renovate. Tetapi mengapa sejak akhir-akhir ini Jamal tidak mendapat tempahan untuk renovate ataupun ubahsuai rumah rumah?

situasi2.png

construction.JPG

Adam adalah salah seorang bekas pekerja Jamal yang mahir.
Telah hampir 3 tahun Adam bekerja bersama Jamal dan kini, Adam telahpun berhenti kerja kerana ingin membina perniagaannya sendiri. Ya, Adam sudahpun mempunyai perniagaan sendiri sama seperti bosnya, Jamal. Malah, Jamal sendiri selalu menggalakkan Adam supaya berusaha sendiri agar Adam berjaya di kemudian hari. Jamal juga tahu yang Adam adalah seorang pekerjanya yang baik dan sungguh berdedikasi.

Cuma apa yang Jamal perhatikan sepanjang Adam bekerja dengannya ialah Jamal gemar mengambil gambar proses renovation yang disiapkan oleh dirinya sendiri. Maklumlah, yang membuat kerja reovation itu semua adalah Adam, Jamal hanya memerhati… bos lah katakan. Pendek kata, Jamal tidak kisah akan itu semua kerana yang penting bagi Jamal adalah wang, bukannya gambar.

Tetapi sejak kebelakangan ini, Jamal kerap mendengar tentang keupayaan Adam dalam mendapat tempahan ubahsuai rumah. Malah, setiap kali ada taman perumahan baru yang dibuka, syarikat Adam selalu berjaya mendapat permintaan dari pemilik-pemilik rumah baru.

Bersambung di bahagian 4 (terakhir).

Comments

Trackbacks

 

Leave a Comment

Izad Blog Network

Budget weblog.

utama.png tentang.png perkhidmatan.png tutorial.png pakej.png harga.png hubungi.png chat.png

No 1, Jln Muafakat Kg Melayu Majidi
Johor Bahru, Johor
013-7884548
info@izadblognetwork.com Rohaizad Dot Com
AllSmartDomain Dot Com Site Meter