« Laman web syarikat - bahagian 3. | Home | Laman web syarikat - bahagian 1. »
Laman web syarikat - bahagian 2.
Saya adalah seorang FREELANCER. Bagaimana laman web boleh membantu saya dalam memasarkan perniagaan dan juga perkhidmatan saya?
Baiklah.
Katakanlah anda menjual insurans, takaful, ahli MLM, konsultan dana amanah, pakar perunding interior design, pakar motivasi mahupun seorang kontraktor….. adalah penting bagi anda meletakkan online report ataupun bukti hasil kerja keras selama ini ke dalam laman web perniagaan anda sendiri. Ini adalah supaya para pengunjung mahupun client anda dapat melihat dengan lebih jelas apa yang anda buat selama ini.
Kepercayaan dan kepuasan adalah satu perkara yang amat penting dalam perniagaan. Saya ingin mengambil contoh dua perkara yang berbeza tetapi dari satu jenis perniagaan yang sama. Di sini, saya ingin mengambil contoh perniagaan kontraktor kecil-kecilan.
Ya, saya mengambil contoh yang mudah kerana bagi kontraktor yang BESAR dan mempunyai modal pusingan sehingga berjuta-juta ringgit, rasanya mereka tidak perlu berada di sini. Tetapi, bagi mereka yang mempunyai perniagaan kecil-kecilan dan ingin membangun, maka persaingan adalah terlalu sengit pada tahap ini. Mari kita lihat senario sebenar yang berlaku dan nampak biasa dalam kehidupan seharian kita tetapi mengapa ramai di antara mereka kecundang dalam perniagaan mereka.
Bersambung di bahagian 3.









Comments
Trackbacks
Leave a Comment