« Laman web syarikat - bahagian 2. | Home | Laman web persendirian (blog) - bahagian 3. »
Laman web syarikat - bahagian 1.


Saya mempunyai perniagaan saya sendiri.
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan laman web supaya ianya boleh memberikan satu lagi alternatif untuk saya meningkatkan jualan saya?
Laman web juga sebenarnya boleh menjadi “Online Profile” untuk perniagaan anda.
Di sinilah anda dapat menunjukkan keupayaan dan kebolehan syarikat anda tanpa perlu membawa semua fail-fail yang berkaitan. Pada waktu yang sama, anda juga sebenarnya telah memberikan satu lagi kemudahan kepada pelanggan anda untuk mereka membuat keputusan.
Sebagai contoh:
Anda baru sahaja membuka perniagaan printing/percetakan.
Tiba-tiba anda mendapat satu panggilan dari seorang bakal pelanggan anda bertanyakan tentang “name card”.
Bagaimanakah anda ingin menunjukkan kesemua koleksi yang ada dalam galeri anda kepada bakal pelanggan anda sedangkan pada waktu itu mereka sungguh sibuk di pejabat mereka dan tiada masa untuk ke kedai anda?
Begitu juga jika anda mempunyai boutique pakaian, galeri cenderamata dan juga perniagaan yang lain.
Perlu diingat bahawa lebih banyak kemudahan yang anda berikan kepada pelanggan anda, maka lebih senanglah mereka berurusan dengan syarikat anda.
Bersambung di bahagian 2.









Comments
salam……………. boleh tlg berikan saya tips bagaimana untuk melariskan jualan sesuatu produk dlm internet
Ini bergantung kepada corak promosi yang kita lakukan. Agak subjektif untuk saya menjawab soalan ini. Sila hubungi saya melalui email untuk penerangan lanjut.
Leave a Comment