« Laman web syarikat - bahagian 1. | Home | Laman web persendirian (blog) - bahagian 2. »

Laman web persendirian (blog) - bahagian 3.

Posted by admin on Wednesday, June 11th, 2008

Apakah kegunaan laman web persendirian ini?

Terlalu besar kegunaannya.
Jikalau anda masih lagi berstatus bujang, maka di sinilah anda boleh meningkatkan lagi tahap sosial anda di mana anda akan dapat mempelajari cara-cara untuk memberikan pendapat anda sendiri. Mungkin anda seorang yang kelakar, mempunyai idea yang banyak, dan juga bersemangat dalam memberikan kata-kata nasihat kepada sesiapa sahaja tetapi anda malu untuk mengutarakannya, maka laman web anda adalah tempat yang paling sesuai untuk tujuan itu.

Tetapi jikalau anda sudah berkeluarga, maka laman web persendirian akan secara automatiknya akan bertukar kepada laman web keluarga anda sendiri. Bukankah seronok mempunyai laman web keluarga sendiri? Ya, anda boleh menunjukkan kepada seluruh dunia yang anda mempunyai isteri dan anak-anak yang comel.

Cuba anda bayangkan yang anda sudah mempunyai laman web sendiri sejak 5 tahun yang lepas, bukankah anak anda yang pada ketika itu berumur 10 tahun kini sudah boleh berbangga dengan laman web keluarganya sendiri?
Malah, mereka juga dapat melihat secara langsung apakah yang berlaku kepada diri mereka dan juga keluarga mereka sendiri. Bukan itu sahaja, sudah tentulah pada saat ini, anda tidak lagi buta IT. Bukankah senang bagi anda nanti untuk membantu dalam matapelajaran IT anak anda di kemudian hari?

Sampai bilakah anda harus mengatakan “ayah/ibu dulu sekolah mana pernah belajar IT ni… esok tanyalah cikgu di sekolah..” kepada anak anda?

Saya seorang suri rumah, bagaimanakah laman web persendirian ini boleh mengisi kekosongan waktu lapang saya?

Ini adalah satu soalan yang bagus.
Anda boleh mengisi kekosongan waktu anda dengan belajar membuat resipi, menunjukkan pada rakyat Malaysia yang lain tentang resipi anda yang sedap, menunjukkan kebolehan menjahit, mendapatkan tempahan jahit dan juga menambahkan pendapatan sampingan.

Comments

Trackbacks

 

Leave a Comment

Izad Blog Network

Budget weblog.

utama.png tentang.png perkhidmatan.png tutorial.png pakej.png harga.png hubungi.png chat.png

No 1, Jln Muafakat Kg Melayu Majidi
Johor Bahru, Johor
013-7884548
info@izadblognetwork.com Rohaizad Dot Com
Seminar Blogging Dot Com Site Meter