« Laman web persendirian (blog) - bahagian 3. | Home | Laman web persendirian (blog) - bahagian 1. »

Laman web persendirian (blog) - bahagian 2.

Posted by admin on Wednesday, June 11th, 2008

Dan sekarang adalah soalan-soalan lazim yang mungkin anda akan tanya kepada saya:

persendirian.png

blogging.jpg

1) Saya tidak menjalankan apa-apa perniagaan, mengapa pula saya harus ada laman web sendiri?

Ini terpulang kepada diri anda sendiri.
Mempunyai, mempelajari dan menguruskan laman web peribadi adalah satu keseronokan dan juga platform untuk anda mengetahui dunia internet dengan lebih dekat lagi. Adalah benar tiada paksaan bagi anda untuk mempunyai laman web sendiri tetapi pernahkah anda bertanya kepada diri anda sendiri “mengapa tidak aku mencuba”?

2) Saya tidak mempunyai basic ataupun asas dalam dunia IT, bagaimana saya hendak mengendalikan laman web saya sendiri?

Percayalah!
Saya dahulu juga sama seperti anda.
Malah, saya langsung tiada pengetahuan dalam DUNIA IT. Untuk pengetahuan anda, saya pernah bekerja sebagai pemotong ikan, pekerja stor, waiter, penjual ABC, penjual buku dan saya juga pernah bekerja di Jusco. Tetapi bagaimana saya boleh mencapai ke tahap ini?

Lihat sendiri modul pembelajaran saya dan bagaimana saya boleh membantu anda. Kemudian, barulah anda boleh menilai saya dan juga diri anda sendiri. Pokok pangkalnya, selagi di rumah anda ada Streamyx ataupun internet access, semuanya beres!

3) Saya malu kerana usia saya telah menjangkau 30-an, 40-an.

Soalan ini sebenarnya tiada kena mengena langsung dengan dunia IT.
Sedarkah anda bahawa kebanyakan warga emas Amerika masih lagi buta IT?
Hendak menghantar email pun tidak tahu!

Sebenarnya, dunia IT adalah sesuatu yang seronok untuk dipelopori.
Tiada tekanan kerana apa yang anda lihat adalah sesuatu yang anda selalu dengar setiap hari tetapi anda malu untuk bertanya. Di sinilah saya akan memainkan peranan saya dalam membantu anda.

Bersambung di bahagian 3 (terakhir).

Comments

Trackbacks

 

Leave a Comment

Izad Blog Network

Budget weblog.

utama.png tentang.png perkhidmatan.png tutorial.png pakej.png harga.png hubungi.png chat.png

No 1, Jln Muafakat Kg Melayu Majidi
Johor Bahru, Johor
013-7884548
info@izadblognetwork.com Rohaizad Dot Com
AllSmartDomain Dot Com Site Meter