« Laman web persendirian (blog) - bahagian 2. | Home | Hello semua! »

Laman web persendirian (blog) - bahagian 1.

Posted by admin on Wednesday, June 11th, 2008

Pada asasnya, kenapa seseorang itu perlu ada laman web sendiri?
Antara jawapan yang telah diberikan oleh pemilik laman web:

1. “Sebagai platform dalam membuktikan KREDIBILITI perniagaan yang saya jalankan”
Bayangkan anda menjalankan perniagaan insurans, butik pakaian, butik andaman ataupun MLM. Bukankah kewujudan laman web dapat menunjukkan betapa seriusnya anda dalam perniagaan yang anda ceburi. Dengan lain perkataan, akan terdapat perbezaan STANDARD antara anda dengan pesaing (competitor) anda yang lain.

2. “Dapat menambahkan keyakinan & kepuasan bakal pelanggan saya”
Bayangkan jika anda seorang pembuat kuih raya yang menyediakan khidmat pesanan kuih raya. Anda tidak perlu lagi membawa katalog dan juga gambar yang sudah hampir “lunyai” itu semasa berjumpa dengan pembeli itu. Gunakanlah laman web anda sebagai bukti betapa ramainya pembeli anda sebelum ini. Mudah juga untuk mereka melihat kepakaran anda dalam membuat kuih tradisional walaupun anda hanyalah seorang suri rumah.

3. “Trend, style dan perkembangan terkini. Saya tidak mahu ketinggalan”

Bersambung di bahagian 2.

 

Leave a Comment

Izad Blog Network

Budget weblog.

utama.png tentang.png perkhidmatan.png tutorial.png pakej.png harga.png hubungi.png chat.png

No 1, Jln Muafakat Kg Melayu Majidi
Johor Bahru, Johor
013-7884548
info@izadblognetwork.com Rohaizad Dot Com
AllSmartDomain Dot Com Site Meter